Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

30 perkara wanita xsempat bitau lelaki...

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . :-)

Wednesday, October 27, 2010

perkara yg korg patut wat ble gado ngan bf/gf

sedangkan lidah lagi tergigit inikan pule pasangan yg bechenta. adatla tu gado2 kn.. tp jgnla plak gado lama2, sampai bercerai berai. haishh jangannn...tp kalo da xde jodoh nk wat cmne kn. selagi hubungan tu bley d perbetulkan, elokla betulkan. buang yang keruh ambil yang jernih. da dpt yg jernih tu jaga leklok. kalo keruh balik buang lagi,amek yg jernih. ekot prosedur tu sampai 'tutup mata' oke. maka bahagialah hingga akhir hayat, insyaAllah..haa kalo gado2, wat bende yg disenaraikan kt bwh ni :

1)Bila bergaduh, jangan mendiamkan diri dengan kekasih.
-Berdiam diri akan mengundang tafsiran yang berbagai macam dalam kepala otak pasangan kita. camne kalau pasangan kita memikirkan yang kita dah membenci dia dan dia mengambil keputusan yang bakal membuatkan korang sama-sama menyesal? xnkla cmtu kn. so, say no to silent treatment okeh!

2)pujuk.
-sape salah pujukla kn. haa xreti2 lg ke. xkire la laki ke pompaun ke.pompuan as we know mmg ske dimanje, ble gaduh mntk pujukla tu walopon die(pompuan) yg salah. tp ade jgk lelaki yg nak dipujuk, ske dipujuk. mengade2. haha! eh tp jgn pujuk excessively. pujuk slow2. p/s:lelaki ni nmpk je ganas tp manja kot. dlm hati ade taman, diorg pon nk dipujuk.

3)jangan terlalu mengalah. (especially for girl)
-jangan mengalah kalo kte tau itu bukan salah kte. sbb terlalu mengalahla nanti kita dipijak2. tp kalo mmg salah kte mengalah jela nk wat cmne. kalo selalu nak menang pun payah gak. biar jadi win-win situation la.

4)jangan tinggikan suara, maki hamun bila gaduh.
-jgnla tengking2 ble gaduh. boleh je kan ckp leklok, bincang baek2. pastu jangan maki2 hamun sesedap rasa,sesuka suki. xbaeklah maki2, yg kte maki tu org yg kte syg jgk kn. ishh jgn2..

5)berilah peluang pd pasangan untuk menjelaskan apa yang terbuku di hatinya.
-Jangan terlalu cepat untuk membuat kesimpulan. dengarkan baik-baik apa yang ingin disampaikan. Secara logiknya, bila satu pasangan tu betul2 menyintai antara satu sama lain, apakah mereka sanggup melukakan sesama mereka? for sure x kan. adakah pergaduhan itu untuk mencari siapa menang dan siapa kalah? mestila tak oke. Kalau dua2 terluka, mana mungkin itu dipanggil sebagai kemenangan. dalam rajuk dan pergaduhan, apa yang diinginkan cumalah empati. apa yang diinginkan hanyalah agar pasangan merasai apa yang kita rasai. Kegagalan memahami keperluan pasangan ini yang mengakibatkan satu pihak terdorong untuk bertindak mengikut hati..

6)fokus pd topik pergaduhan (jgn lari topik)
-time gadoh fokus kat perkara yg menjadi punca gadoh tu. jgn sebut2 dan kait2kan nama sesape pun yg xde kene mengene dlm masa bergadoh tu. jgn libatkan org2 yg tak sepatutnya sbb nnti bukan makin selesai makin jd rumit adalah..

7)jangan cerita berkenaan perkara2 negative, serangan peribadi, dan yg sewaktu dgnnya.
-contoh:
"Eleh, cakap org, awk tu suka kentut dalam kete,da la busuk. sedap2 je kata kita suke korek idung depan org ramai!"

masa gaduh, ceritalah tentang perkara2 yang positif dan menimbulkan rasa senang diantara korang berdua.

contoh:
"walau awak selalu kentut dalam kete, saya tetap menghidunya juga tanpa kompromi"
*nape mesti contoh kentut?ehehh~*

8)jangan nangis (kalau boleh)
-pompuan dan airmata amatlah sinonim. kalau bolehla, jgn nanges. kalau nak nangis pon jgn teruk2 sgt sampai bengkak mata tu haa. da xcantek. nangis akan wat kte jd makin lemah. jadi, kuatkan semangat, kuatkan hati, kalo bley jgn nangis! big girl don't cry. :)

9)jangan baling2 barang.
-padahnye kt korg jgk. biasela tu, time marah kn, geram sgt. rasa cm ape yg ade depan mata nak dibaling. fikir sebelum buat. kalo korg baling2 barang time tgh marah, lps da cool kene kemas balik. kalo baling hp, lepas cool hp jgk yg korg cari, tu pon kalo hp tu masih bley berfungsi,kalo x? ha da kene beli baru. jgn baling2 barang oke? hehe. chill suda..

10)jangan xmakan, rasa mcm nk mati.
-hadoyai, ble gaduh selera makan mati eh? jgnla sampai camtu skali. kte kn makan utk hidup. gaduh gaduhla, makan tetap harus. kalo x korg jgk yg saket kn. ha padan muke. haha! pastu kalo gado xpayahla rasa mcm nk mati. no point. gaduh je pon. come on la, setiap masalah ade jln penyelesaiannye. :)