Tuesday, November 16, 2010

survey suka suka

1.How late did you stay up last night and why?

2am, watching tv. dem bored.

2. What was the first thing you thought this morning?
him :)

3. Is the person you have a crush on older or younger than you?
em yes. but not too older than me lah. ala 4 5 taun je.

4. What did you do last night?
haihh bru taip td. tgk tb.

5. Do you own anything that cost more than 1000 dollars?
huhu not yet.

6. Have you ever ran with scissors?
x. haha xde keje.

7. Have you ever talked to Tom?
sape tom? mak tom? kwn jerry?

8. Have you ever told someone of the opposite sex you loved them and meant it?
of cozlah yes. hehe.

9. How is your day so far?
so far so gud. ;)

10. Do you want to go to college?
nope at this moment please. cuti baru stat la deyy!

11. What were you doing this afternoon at 12pm?
online dan terus online.

12. Whats your favorite season?
musim redup.*ade musim redup??* hahahh!

13. Last thing you ate/drank?
nasi lauk sayur betik!

14. When was the last time you cried and the reasons?
just now, teringat arwah abah. (T_T)

15. Are you single?
no. taken! :)

16. Name something you cannot wait for?
kawen!! haha sumpah gatal.

17. What did you do for your last birthday?
hangout wif him n his frens. *thnks for the surprise party*

18. How many kids do you want to have?
nk 5!

19. Have you ever talked to someone when they were high?
x kot.

20. How many red lights have you ran?
xtau.

21. Have you ever cried while taking a shower?
er yes. hehe.

22. What was your favorite grade?
A la. ade org suke D ke??

23. What were you doing at 12 am last night?
bergolek2 depan tv.

24. Would you kiss anyone on your top friends?
y not. hehe.

25. Have you ever, in any way, been betrayed by someone you trusted?
yes. demmit!

26. When was the last time you were given roses? and from who?
xde org penah bg sy roses, huhu kesian kn?? ;(

27. Plans for tomorrow?
dok uma tgk tv, online, tdo.*bosan*

28. When did your last hug take place?
last sunday. hug housemate sy sbb nk cuti da. :(

29. Do people ever make stupid mistakes when spelling or saying your name?
so far no.

30. Have you ever started a sentence with -No offense, but...?
no.

31. Do you drink tea?
yep.

32. When was the last time you saw a cop?
minggu lepas kot. uma sewa sy dpn balai polis kn. hehe.

33. Did you ride in someone elses car today?
no.

34. Have you made a mistake in the past week?
arghh yes. :(

35. What song are you listening to right now?
thinking of you-katy perry

36. Who was the last person to text you?
mohd fuad mustapha. ;)

37. Do you miss someone?
yes yes yess!

38. Is there anything you regret about your past?
hurm adela kot.

39. Are you happy with your life?
mestila.

40. What was the last movie you watched?
megamind.

41. Have you ever touched an elephant?
xpenah lg.

42. Who was the last person to call you?
kakak sy, suhana othman.

43. Do you sleep with the door open or closed?
tutup pintu.

44. Do you sleep with the light on or off?
off. xleh tdo kalo lampu on.

45. What is your favorite hobby?
bergolek2 di atas katil. :p

46. Do you own a pair of Nikes?
xde.

47. Do you have any pets?
pon xde.

48. What were you doing at 11 a.m. this morning?
makan kot.

49. Is there a difference between the word best friend and good friend?
yep ade beza.

50. Has anybody on your top ever admitted to liking you?
tahla ye.

51. Can you recall the last time you sincerely liked someone a lot?
hmm..

52. Are you afraid of clowns?
x pon.

53. When is the last time someone of the opposite sex gave you a hug?
never.

54. Who is your celebrity crush?
ramai sgtla. :D

55. Do you know anybody who was abused?
xamek tau.

56. Favorite fruit?
honeydew. alahmak lm da xmkn.

57. Do you take walks often?
oh tidak. malas. :p

58. Have you ever had a reoccurring nightmare?
hm x rsnye.

59. Is silence really golden?
sometimes yes.

60. What did you do a week ago tonight?
kt times square teman housemate sy soping. hehe.

61. Who is your favorite rapper?
xde. haha.

62. Are you afraid to grow up?
xlah. watpe nk takot plak.

63. Who are your Top 4?
xigt.

64. What language are you taking?
mandarin. hehe.

65. Any upcoming vacations?
ade plan tp xtau la jd ke x. hurm.

66. Would you call yourself smart?
haha x.

67. Do you like to read?
kadang2, ekot mud. :)




salam aidiladha

salam to all readers. salam aidiladha (entry ni d post pd mlm aidiladha ye). sayup2 dengar takbir raya. bile dengar takbir je mulela aku ni, bergenang airmata. teringat yg da pergi jauh dan xkembali lg. Al-Fatihah buat arwah abah, Othman Bin Awang. raya haji taun lepas abah xde sbb abah kt mekah ngan mak. raya taun ni abah xde sbb abah da pergi buat selamanya, abah pergi menghadap Ilahi, sang pencipta. sedih........(T_T)


Thursday, November 11, 2010

30 perkara wanita xsempat bitau lelaki...

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . :-)

Wednesday, November 10, 2010

telur orang ke telur ayam??


Jamal ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya.. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.
Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur.. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.
"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan.
Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai..."
Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"
Jamal menjawab, "Err... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!"


Tuesday, November 9, 2010

ODE! kita clash oke!

hate ODE dem much!! uhh ODE sucks! hey ODE, sampai hati ko wat aku cmni kn! selama ni aku layan ko mcm tatang minyak yg penuh. tapi nape arini ko wat aku cmni. saket pale aku lyn kerenah ko hari ni tau x! semlm aku da belai ko seharian. xcukup lg?? ke ko saket ati aku xlayan ko hari ahad? alaa chill la. satu sem aku lyn ko kaw2 smpai yg laen aku anak tirikan. tapi ni blsn ko kt aku kn. saket hati nih!!!! tapi xpe, skang ni aku tawakal je, aku da wat yg tebaek utk ko ODE. kalo boleh aku xnk jumpe ko lg. pegilah ko jauh dr idup aku. jgn muncul lg. (T_T) da la, skang aku nk bg kaseh syg kt calculus III plak. semoga calculus III xlayan aku seteruk ko layan aku ODE. btw, ty a lot ODE. i'll miss u. :(

*ODE - Ordinary Differential Equation.

Monday, November 8, 2010

menu zakiah dan kawan2 serumah


salam yuols...
arini ari isnin. esok zakiah othman ade paper ordinary differential equation. zakiah bgn2 pagi sbb nk study *kononnye* ish btol laa. mmg pg zakiah b
gn hari ni. tp ble da bgn seawal pg ni perot pon lapa cm awal sket. ergh zakiah rasa mcm nk msk nasi goreng. dari semlm nk wat tp xjd sbb semlm kua becentun. arini kene gak wat. sebelum pasaraya bintang bukak lg zakiah ngan zati da ade dpn bintang ye. haa excitednye nk msk nasi goreng. tunggu jugak sampai bintang bukak. kitorg bli lada, kacang pjg, sotong [nk wat nasi goreng sotong,hehe]. tu je, yg laen da ade kt uma. da beli kitorg balik xterus masak. buang masa dulu, kemas2 uma sket, haa pastu baru stat masak. maka pungpangpungpang la zakiah kt dapo sambil dibantu oleh eva&zati. *zai sibuk sidai bju* bape minit kemudian tah nasi goreng sotong siap! yeayy da buley makan. ni la hasilnye. :)


Sunday, November 7, 2010

wayang lagi

salam...
huhh~ zakiah othman baru balik tgk wayang [tgk wyg lg?? haha!] hadoi~ alaa zakiah xmintak pon nk tgk wyg, tp ble mohd fuad tanye nk g mn, mulut ni otomatik kua "nk tgk wyg ke?", mohd fuad terus ckp oke. salah zakiah othman ke? ehehh~ hari ni tgk cite kartun MEGAMIND. hehe best. :) megamind yg mule2nye nerd, tp org ske buli die. oleh itu die amek keputusan utk jadi org jahat, but at the end of the story, he suddenly became a good guy. haa adela sbbnye die berubah jadi baek. nk tau tgkla seniri. :p oke zakiah othman ade lagi 2 upcoming paper ye. senang hati tgk wyg mcm da abes final. oke skang zakiah othman nk study. dadaaa~~~

p/s ; g la hiburkan hati tgk MEGAMIND. "olloo.."...."no, its hello" :D

Thursday, November 4, 2010

si kaki wayang

salam..
oke hari ni zakiah othman tgk wyg lg.. hahahadoyai! mcm da abes final plak kn ko kiah.. kt tapak kaki zakiah othman ni da ade cop KAKI WAYANG.. mohd fuad mustapha yg copkan.. ahahahh! [btw thanks ye fuad sbb bg cop..;p] minggu lepas je da tgk 2movie [RED,takers].. RED mmg best habeslah cte die, actually RED stand for Retired Extremely Dangerous.. bruce willis walopon da tua tp menten kacaks.. ahah mak loike nyah! takers pon bleh tahan best gak.. ex-bf aku berlakon [paul walker].. hensem yaww! berdebar2 jantung mak ni haa nyah oi..fuhh~ arini tgk cte unstoppable.. hoihh bikin suspen cte nih.. nk rasa suspen cm aku tgkla cte ni.. haha! bley tahan gak cte ni.. pasni nk tgk cte ape lg? tron legacy!! sabalah zakiah othman! cte tu kua disember ye kalo xsilap..huh! oke skang ni exam xhabes lg eh zakiah othman.. sila pegi dating ngan buku plak.. demmit! -out-

Wednesday, October 27, 2010

perkara yg korg patut wat ble gado ngan bf/gf

sedangkan lidah lagi tergigit inikan pule pasangan yg bechenta. adatla tu gado2 kn.. tp jgnla plak gado lama2, sampai bercerai berai. haishh jangannn...tp kalo da xde jodoh nk wat cmne kn. selagi hubungan tu bley d perbetulkan, elokla betulkan. buang yang keruh ambil yang jernih. da dpt yg jernih tu jaga leklok. kalo keruh balik buang lagi,amek yg jernih. ekot prosedur tu sampai 'tutup mata' oke. maka bahagialah hingga akhir hayat, insyaAllah..haa kalo gado2, wat bende yg disenaraikan kt bwh ni :

1)Bila bergaduh, jangan mendiamkan diri dengan kekasih.
-Berdiam diri akan mengundang tafsiran yang berbagai macam dalam kepala otak pasangan kita. camne kalau pasangan kita memikirkan yang kita dah membenci dia dan dia mengambil keputusan yang bakal membuatkan korang sama-sama menyesal? xnkla cmtu kn. so, say no to silent treatment okeh!

2)pujuk.
-sape salah pujukla kn. haa xreti2 lg ke. xkire la laki ke pompaun ke.pompuan as we know mmg ske dimanje, ble gaduh mntk pujukla tu walopon die(pompuan) yg salah. tp ade jgk lelaki yg nak dipujuk, ske dipujuk. mengade2. haha! eh tp jgn pujuk excessively. pujuk slow2. p/s:lelaki ni nmpk je ganas tp manja kot. dlm hati ade taman, diorg pon nk dipujuk.

3)jangan terlalu mengalah. (especially for girl)
-jangan mengalah kalo kte tau itu bukan salah kte. sbb terlalu mengalahla nanti kita dipijak2. tp kalo mmg salah kte mengalah jela nk wat cmne. kalo selalu nak menang pun payah gak. biar jadi win-win situation la.

4)jangan tinggikan suara, maki hamun bila gaduh.
-jgnla tengking2 ble gaduh. boleh je kan ckp leklok, bincang baek2. pastu jangan maki2 hamun sesedap rasa,sesuka suki. xbaeklah maki2, yg kte maki tu org yg kte syg jgk kn. ishh jgn2..

5)berilah peluang pd pasangan untuk menjelaskan apa yang terbuku di hatinya.
-Jangan terlalu cepat untuk membuat kesimpulan. dengarkan baik-baik apa yang ingin disampaikan. Secara logiknya, bila satu pasangan tu betul2 menyintai antara satu sama lain, apakah mereka sanggup melukakan sesama mereka? for sure x kan. adakah pergaduhan itu untuk mencari siapa menang dan siapa kalah? mestila tak oke. Kalau dua2 terluka, mana mungkin itu dipanggil sebagai kemenangan. dalam rajuk dan pergaduhan, apa yang diinginkan cumalah empati. apa yang diinginkan hanyalah agar pasangan merasai apa yang kita rasai. Kegagalan memahami keperluan pasangan ini yang mengakibatkan satu pihak terdorong untuk bertindak mengikut hati..

6)fokus pd topik pergaduhan (jgn lari topik)
-time gadoh fokus kat perkara yg menjadi punca gadoh tu. jgn sebut2 dan kait2kan nama sesape pun yg xde kene mengene dlm masa bergadoh tu. jgn libatkan org2 yg tak sepatutnya sbb nnti bukan makin selesai makin jd rumit adalah..

7)jangan cerita berkenaan perkara2 negative, serangan peribadi, dan yg sewaktu dgnnya.
-contoh:
"Eleh, cakap org, awk tu suka kentut dalam kete,da la busuk. sedap2 je kata kita suke korek idung depan org ramai!"

masa gaduh, ceritalah tentang perkara2 yang positif dan menimbulkan rasa senang diantara korang berdua.

contoh:
"walau awak selalu kentut dalam kete, saya tetap menghidunya juga tanpa kompromi"
*nape mesti contoh kentut?ehehh~*

8)jangan nangis (kalau boleh)
-pompuan dan airmata amatlah sinonim. kalau bolehla, jgn nanges. kalau nak nangis pon jgn teruk2 sgt sampai bengkak mata tu haa. da xcantek. nangis akan wat kte jd makin lemah. jadi, kuatkan semangat, kuatkan hati, kalo bley jgn nangis! big girl don't cry. :)

9)jangan baling2 barang.
-padahnye kt korg jgk. biasela tu, time marah kn, geram sgt. rasa cm ape yg ade depan mata nak dibaling. fikir sebelum buat. kalo korg baling2 barang time tgh marah, lps da cool kene kemas balik. kalo baling hp, lepas cool hp jgk yg korg cari, tu pon kalo hp tu masih bley berfungsi,kalo x? ha da kene beli baru. jgn baling2 barang oke? hehe. chill suda..

10)jangan xmakan, rasa mcm nk mati.
-hadoyai, ble gaduh selera makan mati eh? jgnla sampai camtu skali. kte kn makan utk hidup. gaduh gaduhla, makan tetap harus. kalo x korg jgk yg saket kn. ha padan muke. haha! pastu kalo gado xpayahla rasa mcm nk mati. no point. gaduh je pon. come on la, setiap masalah ade jln penyelesaiannye. :)



Tuesday, October 26, 2010

sedeylah!

saya kene marah. sangat sedey. da la tgh hit the moon. kene marah pulak. hurm salah seniri, padan muke sy. :( :( :( :'( :'( :'( *nanges dan terus menanges*

Sunday, October 24, 2010

exam oh exam

fuhhh!!tiup tiup,,tiup habok ni ha,segala sawang sume..alahmak da berhabuk bersawang da blog aku lama x update..huishh..busy laa..*busy lah sgt kn!* btol la, test berderet2,assignment lg..bru nk rasa lega sket da lepas sume kene pk pasal final exam plak..alahmak!! ape bende sume ni?? ohh~ *xpyh nk pura2lah,g study sana!* saya xsuke exam..nape perlu exam??? *hey da 14tahun ko jd student bru hari ni ko nk ckp ko xske exam?!* ble nk exam je sume org jd pelakon, study je memanjang..sket2 study,sket2 study..ceit! kalo x bukan maen enjoy lg korg sume ye..*ditujukan utk diri seniri jgk ye* alaaa...xnk amek exam boleh x?? *dah tentu xboleh,jgn tnye soklan bodo oke. huh!* da la, nk study..sok ade paper..first paper-PRINCIPLES AND PRACTICE OF MANAGEMENT..wish me luck...hurmm...*sigh* -out-






Friday, September 3, 2010

kisah ari merdeka

alamak merdeka da bape ari lps, bru nk post entry ni..alaa busylaa..lecturer sume dengki,org laen sebok nk ry diorg pon sebok nk wat test..da xsempat nk post entry ni..haa skang bru bley post dgn senang hatinye.. :) kisah ari merdeka yg TRAGIS! sumpah wa xlupa oke..aduuu...31 ogos sume org cuti..lgla nk dekat ry ni,time ni la sume sebok kua nk soping..ske hati korgla aku x t'libat..*kononnye* tp aku kua jgk, g anta housemate aku kt lcct,die nk balik sabah..awal btol si eva ni balik, xpuas hati gk aku..alahmak aii...yg m'hntrnye aku,zai,ika(driver.:P)..siap bese2 je sbb xde plan ape2 pon lps anta eva..lps anta eva kitorg pon gerakla balik *xkompem lg terus blk,teeheee*..tp kali ni kitorg xekot highway plus..ekot jln ape tah..tol free bhaii!sbb merdeka..aduu kitorg excited gle tol free..d sbbkn excited punye psl, tetbe je TERplan nk g kl..nk g jln tar kononnye cari tudung..driver on, aku ngan zai pon on jela..haha! pas2 si driver ni konfiden die g masuk jln nk g klang..

aku : "eh ika, td ckp nk g kl?"
ika : "haa nk g kl la ni.."
aku : "oh ea, tp ni bkn jln nk balik uma kte ke?"
ika : "jln nk g kl la ni.."
aku : "oh ko nk masuk federal higway eh.."
ika : "haa...."
aku : "oh oke.."

aku da rs len mcm sbb sbnrnye nk g kl masuk susur laen td..bia jela,ika yg drive,die tau la kot..skali tetbe ika t'jerit "weh haahla ni jln nk g klang!alamak cmne ni??" haha aku hanya mampu t'gelak..aku da agk da ni akn t'jadi..aiseymen~ xpe2 kitorg mmg ske jln2..ika round klang jp cri jln nk pth balik..haha kn buang ms kt situ..*eh kitorg mmg ske buang ms* xsusah pon,signboard byk kn..pusing2 jumpe jln ke shah alam..fuhh..oke terus g kl..kitorg pon kerianganla dlm kete..*xsedar diri tiga2 ade test menanti..syabas kalian!* smpai jln tar besela pusing2 cari parking xde..aadoyai..ika pusing punye pusing jumpe parking..dr dlm kete tgk tu jln muthusamy *xnmpk sgt pon sbnrnye,nmpk samy je,kitorg pon tibai jln muthusamy* skali kua kete tgk laa rupenye jln THAMBOOSAMY..haha! jauh gle muthu ngan thamboo..tu oke lg, da tgk nm jln pas2 masing2 tanye "eh,jln tar kt mn??" haa mmg dasar bkn org kl..kitorg pon b'jln kaki cri jln tar..jaoh xjaoh sgtla kn, cume haus gle je..da la pose..mmg xsedar diri bdk b3 ni..jln punye jln kitorg jumpe jln tar..smpai je jln tar,cucuk duet..da cucuk dpn kitorg btol2 monorel..aishh td zai ckp xde monorel g jln tar..ni ade! aku pon bgla idea yg tersangatlah bijak pandai..haha! oke ape kate kte g ts(times square),park kete kt sn,pas2 kte nek monorel g sni..sbb kitorg pon mmg nk g ts(syurga soping)..diorg cm kene pukau ekot ape aku ckp..hahahh!!oke kitorg pon pthla balik g jln thamboosamy..*eh xpenatlah,kiotrg mmg ske exercise d bln pose* da sampai kt kete ika ckp kte cri petrol pam dulu b4 g ts sbb minyak da nk abes..da b'kelip2!mule2 rileks lg,ala pusing2 jp lg mst ade punye pam minyak..tp pusing punye pusing xjumpe2 pam minyak..ahh sudah!cmne ni,driver da gelabah,zai yg dok sblh die pon da cuak,senyap gle member x b'suara lnsg!aku yg dr td dok menenangkan ika pon jd xtenang tgk diorg da m'gelabah gle..kt pale hotak ni da x pk bende laen da,da pk kene tolak kete tgh2 org ramai kt tgh kl tu haa..bengang x bengang la bhaii!abes sume org yg tau selok belok jln kl kitorg call tnye kt mn ade stesen minyak..org kl sume ckp "berlambaklah stesen minyak kt tgh kl tuh!" ala kitorg xtau kt mn..da puas pusing da ni..tp alhamdulillah,Allah dgr rintihan kitorg..akhirnye kitorg sempat jumpe minyak sblm kete t'mati sbb kehabisan minyak..haha sengal gle..ni la padahnye org yg ble da jln xhengat dunia..hadoi..da tuang minyak kitorg pon gerakla g ts..ms tu da 5lebey..nk g jln tar pon da xde mud,last2 beli brg kt ts je..igt nk buke kt chicken rice shop, tp smpai2 je da full booking..alaa...buke la kitorg kt foodcourt..lps buka jln lg sbb zai xbeli brg adek die lg..da dpt sume brg bru gerak balik shah alam..tp x terus balik uma sbb diorg kene teman aku g spital KPJ selangor,anak akak aku masuk wad..akak aku mntk anta selimut ngan kaen batik..xlm pon kt spital,smpai kul 11,kul1110 cmtu balik da..da mlm kot..org nk rehat..sblm balik uma drive thru mcD dulu,beli mknn b'sahur..haha! haa lps tu bru kitorg balik uma..adela dlm kul1150 kitorg smpai uma..bygkn niat asal kua mule2 td nk g anta eva kt airport je, last ke kl peginye smpai habes minyak kete..xsenonoh btol bdk 3org nih!lps ni sblm nk merayap,SILA PASTIKAN MINYAK KERETA ANDA PENUH..

Sunday, August 29, 2010

tolongla pegi....

oh saket...tolongla pegi...

aku da xthn da lepas satu, satu saket yg dtg...

encik demam,, tolongla jauhi saya.....saya merayu sgt..

bawak skali anak2 encik si batuk ngan seseme yg sgt jahat ni..

anak encik si seseme ni bwat idung sy pedih,tersumbat..seksa saya tau wahai en.demam...

yg anak encik si batuk ni plak da nk dtg himpit saya..saya xskela encik.....

bkn saya xsudi menerima kehadiran encik sekeluarga *mmg xsudi pon sbnrnye, xnk demamlah!*,,

tp dtg laen kali la encik..saket saya operation mggu lps xbaek sepenuhnye lg..bgla saya merasa

apa itu SIHAT ye encik..da lame rasanye saya xdpt menikmati erti SIHAT..encik xkesian ke kt

saya...? hmm tlgla ye encik demam..jauhkan diri encik dari saya, kalau boleh bwk anak2 encik si

seseme ngan batuk ni balek...jgnla dtg dlm dlm ms t'dekat ni eh encik...xdtg pon xpe saya

xkesah pon....
kerjasama encik demam sekeluarga amtlah diperlukan.....(T_T)





operate??pengalaman yg cukup 'indah'...



Ya Allah, dugaan dtg lg d bulan mulia ni.. baru nak merasa sehat sket bdn ni lps ape yg jd sebelum ni, penyakit laen plak yg dtg... dugaan Allah ni, Dia saje nk uji iman hamba2-Nya, supaya hamba2-Nya beringat, lagi2 dlm bulan ramadhan ni, bulan d mana Allah limpah ruahkan didalamnya dgn keberkatan,menurunkan rahmat,memakbulkan doa2 hamba2-Nya.. mcm2 ujian aku terima dr semggu sebelum pose smpaila skang ni..previous entry aku ade psl dugaan sebelum ni.. lepas arwah abah meninggal, aku demam teruk..teruknya sampai seminggu aku xbley nk makan..bayangkanla aku yg dulunya tembam, org ckp pipi aku ade kueh pau la, ade telur 2biji la, skang sume 2 da xde.. ramai yg ckp aku da kurus.. yela berat aku dr 55kg turun jd 48kg..*sgt jujur* hmm lepas2 satu, satu dugaan dtg.. tp aku xbley jgk nk merungut sbb yela setiap yg jd ade hikmahnya kn, terima jela dugaan yg dtg dgn redha... ni baru2 ni, dugaan dtg lg..hari ahad lepas, aku saket perut..ingatkan saket yg bese2 je..dgn yakin dan konfiden aku sapu jela losyen mustajab kt perut sbb ingatkan saket 2 sbb angin je..tp maken lama maken saket plak perut aku nih..pas2 saketnye tertumpu kt 1tmpt je..aii laen mcm da ni..tetbe je teringat ms form4 dulu aku penah masuk wad sbb saket cmni, tp ms tu xkene operate pon..alahmak! saket ni dtg balik! mule2 tu ati aku dgn gangsternye ckp xpyh g klinik, tggu nnt saket ni hilang seniri cm dulu(makan ari r tp kn..).. tp tah cmne tetbe b'legar2 kt fikiran aku ade fakta mengatakan bahawa kalau appendix tu pecah, boleh bwk maut! hadoi!! sape xcuak bhaii!! aku da xpk org laen da, fuad jgk yg aku cari.. dlm 20minit lps aku call die, die pon smpai kt bwh uma..member smpai naek uma aku takot aku xley nk jln..pastu aku pon terus g pusat kesihatan UiTM(PK)..kt pk xde org sgt, so kejap je no aku da kene panggil..selepas b'bicara ngan doktor yg cantik tu, aku diarahkan utk amek darah ngan urine..hmm prosedur bese..en.fuad sabar menanti..da setel sume kene tggu result plak..oke tggu dan tggu lg..tingting!! no aku d pggil lg..

doktor : oke zakiah,,urine test awak oke, xde ape2 mslh..tp blood test awak...hmm ade lebihan sel darah putih, so sy syak appendix..tp x confirm lg ye..papepon skang ni kite akn refer awak ke hospital klang utk pemeriksaan lanjut..

aku : oh oke.... (what!?kene g spital??hmm kene thn wadla jwbnye ni..)

lalu aku d bawa ke hospital naek ambulan PK uitm..haa org 1st time
nek ambulan, jakun xjakunla kn..terkebil2 aku baring dlm ambulan tu..rs cm nk je bangun tgk ade x kete fuad foll0w kt blkg..alah die ade, saje mengade nk tgk.. hehe..sampai je spital org kt sn terus tolak aku g bahagian kecemasan zon kuning(kurang kritikal)..aku disuruh baring kt katil, pas2 adela sorg doc india dtg cek aku..huh mmg bestlah doc rasanye ble doc tekan perut sy..sakett!!! dah die cek2, die ckp aku kene tahan wad..aku da agak da ni akan t'jd..lepas tu sebokla nurse dtg kt aku cucuk tgn aku masukkan jarum sbb nk masuk wad,cari org yg dtg ngan aku nk soh reg masuk wad..naseb baekla ade apekku...die yg setelkn sume..huhu...

sampai je kt 'tempat penginapan' aku, aku call mak btau masuk wad..mak ckp die xleh nk dtg..xpe mak adik phm..kalau arwah abah ade mst dpt je call dr org mak terus gerak g klang kn..xpela mak..kt sini pon adik bukan sorang..gpon kakna ngan aban
g ade kt sni kn..mak xyah susah2 oke.. :)

aku berehat2 la kt katil ditemani en.fuadku..tp kejap je, habes waktu mlwt fuad da kene balik..tinggal la aku sorg..mlm tu ade doktor dtg cek aku,ramai plak tu..*aii doc,wat rombongan mlwt patient ke hape??* tp ade sorg doc ni je yg men tekan2 perut aku..yg lg sorg explain aku saket ape..then baru doc yg tekan2 perut aku td decide yg esoknye aku kene operate..oke esoknye aku kene operate..*chill la konon* ha!??esok nk operate??huh tebaeklah doc!itulah berita yg sy tggu 5tahun lps patutnye..haishh!! aku msg zati mntk tlg die jg aku mlm tu.. naseb baek die oke..

esoknye, aku tggu dgn penuh debaran..hushh saba zakiah..masa yg d tggu pasti
tbe..aduhmak!tetbe rs cuak gle..saket ke x operation tu nnti??aku pengsan ke nnti ms die belah2 perut aku??tp cmne die nk pengsankan aku?mule2 mesti aku sedar kn..*hambek!mcm2 da aku pk mcm org bongok je* kul1130 pg, nurse dtg tolak troli yg bley baring tu *bantaila panggil troli..haha!* nurse soh aku tuka bju pas2 baring atas tu..ms aku d tolak nk g bilik bedah tu dupdap2 jantung aku..masuk je bilik bedah aku tgk jam kul1140am..pas2 die tuka kn lt troli lg satu..hah ms tu aku btol2 bwk lampu2 operation tu..teringat plak dulu aku tgk cte medictv..pas2 diorg siap2kn aku utk d bedah..oke selawat&doa byk2 ye zakiah..ade sorg doc ni dtg masukkan ubat bius kot kt tgn aku..adoii sumpah saket!!da die tgk muke aku da b'kerut2 bley lg die tnye saket ke??alahmak! lps die kejekn tgn aku, die pakaikan aku alat bantuan p'nfsn..die soh aku kejam mata,tarik nafas.........pappp!! dunia aku gelap, aku da xsedarkan diri.. time kaseh ubat bius..

1jam 40minit kemudian....

"zakiah....zakiah....operation da selesai ye...bukak mata..." sayup2 je aku dgr ade suare panggil nm aku..aku bkk mata pelan2 tgk keliling..ha xde da lampu2 td, tp aku stil kt dlm bilik bedah..beratnye mata aku..sempat gk aku tgk jam..hm kul120pm..aku pejam mata balik..ngantuk sgt....aku still ade kt dlm bilik bedah tu sbb diorg nk tgk tekanan darah aku la,tah ape2 lg yg diorg nk monitor..kalo everything was ok then baru aku d hntr ke wad..aku pon sambung tdo blk,rs letih sgt...smpai la nurse2 tu kejut aku ckp nk balik wad da..aku paksa diri bkk mata,tgk jam 330pm..sampai kt katil wad aku nmpk zati..nk senyum tp xmampu..dpt senyum sket je..nurse soh aku pelan2 pindah seniri kt katil.. aku pon dgn payahnya pindah seniri..tetbe rs ngilu sgt kt bhgn tutttt aku.. nape eh..skali tgk....
oke ms operate td die sumbat salur kencing..patutla ngilu gle..kejap lps tu nurse cabot,ms die cabot tu adohmak!!!saket!!!isk!pastu aku pon berehatla menanti kunjungan org 2 t'syg,kwn2 mlwt aku..mlm lps operate 2 zai jg aku..lps operate 2 aku jln da mcm org lps b'salin kaedahnye..esoknye aku da bley kua spital..2la die sedikit sebyk p'kongsian pengalaman 'penginapan 3ari 2mlm aku kt Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang..

skang meh kte blaja sket ilmu perubatan ye..bg yg xtau dimana kedudukan appendix, sila lihat gmbr d bwh ye..
oke next, prosedur perubatan utkm'buang appendix dinamakan appendicectomy..operation yg dijlnkn ke ats aku adlh dgn m'gunakan kaedah laparoscopic (d mn kaedah ni doc hanya tebuk 3lubang kecil, 1lubang utk dmasukkan kamera *bkn kamera DSLR oke*,yg selebihnya hanya doktor je yg tau cmne die buang appendix aku dgn 2lubang kecil tu...) gmbr kt bwh ni menunjukkan proses laparoscopic appendicectomy..


p/s pada zai n zati : xtau cmne aku nk bls jasa korg yg da jg aku kt wad, siap berebut2 nk jg aku kt wad..terharu gle aku...korg jg aku mmg best, layanan yg sgt istimewa aku dpt.. :'( hanya Allah je yg bley bls jasa baek korg...aku syg korg ketat2!

p/s pada mohd fuad : tq sbb da byk b'korban utk sy...:'( -lots of love- <3



Friday, August 20, 2010

sayu

1.40 am, friday(20/8/10) : perbualan antara seorang kakak dan adiknya di laman sesawang FACEBOOK.....

kak na : dik... dah 2 hari rindu gler kat abah...huhuhu....


adik : ko ni..ko igt aku xrindu ke..lg2 ble tgk gmba abah kt album family kt fb aku..ko tgkla,sedey...:(

kak na : ye dik aku dah 2 hari ni nangis jer...asyik teringat jer.. ko jgn lpa doa kat dia dik..

adik : lm da aku upload gmba 2...gmba ms mak ngan abah g haji.. ;(

kak na : aku nak sgt sgt jumpa abah..tp tak jumpa2.. semoga aman disana AMIN......

adik : AMIN....kte byk2 doakan abah..jgnla nanges...nnt abah kt sn pon sedey tgk kte sedey.. ;(

aiseymen kakak aku ni betol laa...d pg2 yg hening plak la die chat ngan aku kt fesbuk..kak na, aku pon tersangatlah rindu kt abah.. ketawa die yg besa tuh, rindu nak dengar kn...tp nak bwat camne, ko jugak yg pesan kt aku kite kene redha dengan pemergian arwah.. kite kirim doa je utk arwah abah kt sana oke..al-Fatihah~

Wednesday, August 4, 2010

Selamat Jalan Abah


Selamat jalan abah..semoga roh abah dicucuri rahmat,tenang di sana,di tempatkan dikalangan org yg beriman..Kitaorg disini mendoakan abah kat sana.Terima kasih abah sebab dah besarkan adik selama 21 tahun.Adik sayang abah sangat-sangat...


AlFatihah..

Thursday, July 15, 2010

ragam 1malaysia

sem3 da start,,damn! oke sume subjek nk susah kn.. xpe2.. jgn maen2 oke dlm klas! sila blaja rajen2.. ehem! tp,, adoyai da masuk sem3 ni rsnye ade certain bdk2 CS2283A yg dah maken gelong. igtkn sem baru bdk2 ni taubat da, kotlah jd baek. ni maken menjadi2 disaster nye haa.. adehla! buktinye, dlm dewan kuliah(dk) time ODE,, diorg ni dgr ape yg lecturer ajar, ble lecturer terangkan diorg senyap jp, tp ble lecturer suro je wat example, haa siaplah mulut diorg ni.. tgn ngan mulut b'jalan seiring.. yg paling kecoh ni ha ling's family(ade 3beradik yg comel2) a.k.a anak2 keling.. adoyai~ yg jd bhn diorg ialah makcik cina sebelah uma.. sianla hai kt makcik sorg ni.. da la saket badan sbb kene belasah time karate *jgn xcaye makcik cine sblh uma ank keling 3org ni g blaja karate* , jalan plak da mcm nyonya tua pon ade, mcm pompuan dlm pntg besalin pon ade aku tgk,, kene buli plak ngan bdk nakal 3org tu.. kaw2 makcik cine 2 kene buli.. tp makcik cine x melawan, die gelak je.. sempoilah makcik! haha! pd ling's family, udah2 la buli makcik cina sblh uma tu, hormati orang tua.. haha! peace makcik!! :D




ni la ling's family yg sgt nakal tuh.



makcik cina yg jd bahan buli.

lagu untukmu. . . ;)

bestnye bile ade someone sang a song and it was dedicated utk kite kn. adeh jatoh chenta!td ade someone nyanyikan aku lagu ni, actually aku yg request die nyanyi utk aku *mod:paksa* hahahahh! tp die nyanyi bkn dlm keadaan yg terpaksa, die nyanyi dgn semangatnye tanpa ade rs terpaksa! ahh saya terharu MOHD FUAD BIN MUSTAPHA! walopon ade slh2 lirik tp it's oke dear,,saya hargai setiap bait yg awk nyanyi utk saya.. *wink2* ;D

CUKUP INDAH
Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai

:)))

Monday, May 3, 2010

✿ perempuan cantek vs perempuan xcantek ✿

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woww!! ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih.kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak hud0h...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat la tu...

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worryi will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia.boring...


haha!!macam2..tp btol gk kn..2la naseb pompuan yg kurang cantek..selalu diperlekehkan..cantek ke x cantek sume tu ciptaan Yang Maha Esa..kte sebagai hambaNya xbley nk pertikaikan ape2..b'syukurlah dgn ape yg da dikurniakan..:)

Saturday, May 1, 2010

date ngan iron man 2

iron man 2??psl org besi??best ke cte 2?nape yg 1st dulu aku xtgk?aku d0k bwh tempurung k0t ms tu..haha!cte ironman ni mmg d nanti2 kan oleh mereka2 yg tgk ironman1..bg org2 cm aku ni xrs pape pon nk tgk cte tu..tp d sebabkan apek xcited nk tgk cte 2,,aku naek teruja..aihh~ plak tu housemate aku ika da tgk dulu cte ni,,ape lg beria la die jeleskan aku..xpe2..awal plak tu kitorg bli tiket,,xcited punye psl..tiketnye utk 30/4 tp 28/4 kitorg bli da tiket..kal0 bli lmbt mst penuh pnye..tggu pnye tggu,maka sampaila ke tarikh 30/4-jumaat..hah!aku ade date ngan iron man2+apek(for sure)..aku pon tggula apek amek..die keje,jdnye kenela tggu die blk keje..die dtg dlm kul8,,kitorg g la mkn dulu..cm bese kt putera ayu..hah per0t da kenyang,nk watpe ni..td0 pon sodap..haha!awl lg k0t time tu..movie kitorg kul12,ms tu bru kul9 lebey..nk watpe ni deyy?? "syg nk study kt mn ni??" dushh!!aku rs terpukul dgn pertanyaan itu..haha!aku mmg bwk notes sbb apek da pesan awal2(apek=cikgu displin aku) soh bwk buku..sementara tggu kul12 die s0h aku study..tp,,ala nk study kt putera ayu cm segan plak..aku ckp kt die crila mn2 tmpt terang..die pon g shell seksyen7..aku g cucuk,g kt kete tgk die da tdo..almk ai,,siannye die..penat,blk2 keje terus g shah alam..xpela bia la die tdo..ble die tdo,aku pon mulela berLOGIC..uhh!tgh2 aku b'mesra2 ngan l0gic,aku pndg kiri..aku mcm kenal je mamat dlm kete sblh ni..fikri!!die xprsn aku ke??hm cmne aku nk bg die prsn aku ek..ha!aku call die..aku tnye die ktne die ckp die kt shell..hah mmg x syak lg tu fikri..aku s0h die tgk kanan,,hah terburai gelak die..die ngan zais rupenye..kitorg pon chit-chat jp b4 diorg g berdondang sayang kt NLCS..kalo aku x ade date ngan ironman+apek mst aku da join diorg berdondang sayang..xpela next time..diorg gerak,aku pon smbung b'logik sementara apek masih lg d buai mimpi..huhu..hah!da kul11,gerak g jusco..smpai2 kt tgv,,haa kn,,,ramai org..apek ckp sume org nk tgk ironman(apek membuat spekulasi seniri..:D) da msuk panggung,maka aku lynla ironman dgn begitu khusyuk sbb tetbe aku rs jatoh cinta ngan tony spark a.k.a ironman..kacaknye~ *blushing2* jgn mara apek..saya perempuan normal..haha!!abes cte tu kul 2pg..apek tnye nk blk ke nk g mcd study?dgn riang aku jwb nk g mcd!(dpt mengadap muke apek sambil study..kalo kt uma xde apek..hehe~) smpai mcd cri tmpt,aku study,apek on9..sejam lps 2 apek tdo lg..aiseymen..t'cbrnye aku..aku pon da ade bibit2 ngantuk ni..almk ai..xpe thn lg..sampai 1thp aku da xleh thn!aku pon kejut apek ckp nk pinjam laptop..nk on9,ngantuk..bru xsampai 5minit aku on9,tenet mcd plak trouble..saje la tu nk sabotaj aku..huh!aku pon smbung study..tp da xleh nk fokus,sbb:1)jeles tgk apek tdo.. 2)grup dpn meje aku ni bley plak nk memekak..da xdpt on9 memekak..bg0s! hmm nk watpe ni,,study pon cm da xmasuk pape..aku pon tgk apek tdo..tgk je yg mampu..haha!


sape ni?kepada yg di atas,,jgn mara..wajah anda tlh d blurkn..:P

heh!lm2 aku mmg benar2 xthn tgk die tdo..kt kepala aku da t'bayang tilam kt uma..best!aku pon kejut apek ajk blk..sblm blk kitorg brekfes hotcake dulu,,pas2 apek anta aku blk..pada zai&eva,,sory aku xblikn korg pnye brekfes sbb awl sgt..:( len kali 0ke? :)) -end of d story-

Friday, April 30, 2010

rindu...

di petang2 yg hening ni,dgn angin yg sepoi2 bahasa,cuaca yg sejuk(bru je lps ujan),,hmm tetbe rs rindu plak kt kampung halaman..isk!aih,,da tu ble da teringat uma kt jb,mulela rindu kt mak abah...mengade bt0l aku nih!bru je balik k0t mggu lps..ape nk wat,ni la aku,anak bongsu haji othman ngan hajah zainab..nk balik uma....semlm chat ngan abg long(abg ipar aku),die ckp kal0 nk mkn steambot yg sedap cpt2 blk jb..huhu mau2!nk blk pon kenela tggu paper final abes dulu kn..sdpnye mknn2 kt jb..bkn nk ckp kt shah alam,kl,tmpt laen xde mknn sdp,,sume tmpt pon ade je mknn yg sdp..tp yela pepatah pon ade menyebut(ehem2..),hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri seniri..ape2 pon mst kte akan terkenangkan tmpt seniri,,kononnye bg kte tmpt ktela yg tebaek,bg org laen x pon sbb bg diorg tmpt diorg yg tebaek..time2 cmni kal0 kt uma aku da ajk mk aku g bli goreng pisang ke murtabak ke,minum petang kn..aiseymen tersebut murtabak,sdpnye la hai murtabak kt depan masjid kampung melayu majidee..hmm..saya suka balik rumah!hehe..sbb aku rindu nk dgr ank2 buah aku panggil aku "ucu!!".. kt sini ade jgk org nk panggil aku ucu tp aku kene g sungai buloh la psl akak aku yg 2nd d0k sn..ank buah kt sini ade 2,kt johor ade 4..tp lg 2 yg kt johor tu pon bakal pindah kl..rindunye kt diorg sume..aku ni nm je makcik diorg,,tp kal0 aku ade ngan diorg sume,aku la yg jd chip!(are you ready kids??ayayy captain!!)haha!ms tu aku akn berubah identiti menjadi seorg kanak2 riang..weee~~ maklumla kecik2 dulu aku maen sorg je..kakak2,abg aku sume da besa time tu..bile da besa ni ade ank2 sedare,aku rs cm nk jd kecik blk..bley maen setiap ms!maen,maen da terus b'maen..:) xde assingment nk kene wat,xde mslh!huh!ble rindu kt diorg tgkla gmba diorg,,tp arini aku rs cm nk edit gmba diorg..boring...ni la hasilnye!


wahai anak2 buahku,,hargailah jasa ucu mu ini yg telah meng'edit' gmba kalian..hahahh!!ucu korg ni mmg ske buang ms..aish!sbb tu nenek korg ske mara ucu..korg nnti kal0 da besa,,kal0 ucu kene mara tolong bekap ucu eh??haha!(ucu kami mmg x matang..) kami(+ucu) ske tgk wonderpet!:D




haa...ringtone hp aku pon lagu ni,,betapa aku sehati dan sejiwa ngan mereka..:)) aih rindu sumenye!!sabar ucu,,22/5 ni kn ade family gath kt uma kak na..ms tu sume ade..bley lpskn rindu..:)


Wednesday, April 28, 2010

maraton movie

arini ari rabu..hm xde ape yg menarik pon ngan ari rabu..tp arini apek kene keje kt port klang,,jdnye arini bleyla jumpe apek sbb kal0 die g port klang b4 blk kl die akan singgah shah alam dulu..hehe~(gatal in mood..) sedang aku berehat2 ngan zai kt bilik(kepanasan) dlm kul 3lebey cmtu,,tetbe "beep" msg masuk..hah apek bg msg!aku pon bc "g mndi..b ondaway" huh!apakah??mndi?aku bru mndi k0t kul12lebey td..aiseymen,,jgn risaula apek,saya x busuk..hahahh!!aku pon b'mls2an lg kt katil(ms b'mls2an=curi ms mndi)..dlm 5minit lps 2 bru aku besiap..aku siap bese2 jela sbb igtkn apek just nk bwk g mkn..slalunye kal0 kitorg jumpe weekdays mmg g mkn je..siap pnye siap,,aku pon da siap.."beep"-"trun" hah!apek da sampai..aku turun dgn sng atinye..smpai kt kete tgk apek tgh melelapkn mata..alahai sian apek aku ni,,penat..-aku b'monolog dalaman..aku pon ketukla cermin kete,apek t'sedar bkk lock..aku msk kete dgn senyuman yg x sampai telinge(aku berusaha cmne pon senyuman tu mmg xleh nk smpai ke telinge..aih~),die penat xkn aku nk wat muke cuke plak kn,,tensi0nla nnt mmbe tu..pas2 apek b'suara...

apek : nak g mn ni??

minachi : hmm....

apek : saya tnye ni,,awk nk g mn?


minachi : hm jap2(masukkan chewing gum dlm mulut),,nk g mn eh...?

apek : mn la saya tau awk..wyg ade cte ape best?

minachi : ntah ek..(crazies best tp aku da tgk ngan housemate aku la plak..)

apek : hmmm....nk g jusco?(bukit raja)

minachi : bley je!:)

lalu apek meneruskan pemanduan..haha!!sambil b'kar0k dlm kete,,tgk2
da sampai jusco..masuk je jusco trs tuju kt tgv..tgk cte ape ade..alamak ai,,nk tgk cte ape ni..sume cm xbest je..aku tnye apek nk tgk cte pe..stlh apek analisis,ade 2cte yg berjaya d senarai pendekkan..Kick ass & Ip Man 2..ha nk tgk mn 1 ni..apek soh aku pilih..ad0yai!ni yg lemah ni...due2 cte aku cm x interested so aku xtau la nk pilih yg mn..aku ckp ala xtaula nk tgk yg mn..apek pon pilih,,die pilih cte Crazies..aiseymen,,aku rs cte ni xde dlm senarai shortlisted die td..die tau aku da tgk cte 2,,tp die soh teman die plak tgk..aku xkesah pon,kitorg tgkla crazies..aku pon wat2la cm aku xtau pape psl cte 2..:p





cte ni stat 430pm,,abes dlm kul 615 cmtu..da kua panggung kitorg da xtau nk watpe sbb kt jusco bukit raja tu xde ape sgt pon,nk mkn perot kenyang lg..tp kitorg b'minat ngan 1kedai ni,,S&J..da puas pusing dlm kedai tu(bkn beli ape pon,usha2 je..)oas2 tetbe apek ckp kalo tgk wyg lg oke gk ni..gpon ari rabu kn murah..aku on je..hehe..apek m'buat keputusan utk pilih slh 1cte yg tlh d senaraipendek td..kitorg pon g bli tiket Ip Man 2,,cte 2 stat 1045,time tu bru kul6lebey..hmm nk wat pe ni sampai 1045?lm lg tu nk tggu..tetbe apek ckp die nk on9,ade keje sket nk bwat..0ke,kitorg pon g restoran putera ayu kt jln pdg jawa(tmpt feveret)..ade wifi kt situ..keda ni best,ade pondok bg mereka yg nk bersantai..kitorg pon ddkla kt pondok tu..sementara apek wat keje,aku mkn mihun tomyam..aiseymen sdpnye...apek xnk mkn dulu,die ckp awal lg..oke..da abes die wat keje,aku plak menyebok nk on9..cm besela aku kalo on9 nk bkk pe je,fesbuking la..on ym..ika(housemate aku) on9,die buzz aku..aku pon chatla ngan die..skali aku toleh kt apek,baek pnye die tdo..hm bia jela..sian plak kt die..(dlm ati-yess!aku bley on9 dgn gumbiranye cm lappy ni aku yg pnye..hehe) aku sempat berCONFERENCE ngan bdk2 uma aku(zai,eva,ika) pdhl time tu diorg tiga2 ade kt uma..semcm sengal..tgh seronok aku chat ngan diorg,apek bgn..die tgk jm da kul945..td die ckp kul10 kte gerak g jusco smule..alamak,aku kene 0ff9 da..xpela,,cm xjumpe je dak2 ni kt uma nnt..dlm kul10 kitorg pon gerakla g jusco..tggula sampai 1045..





mule2 aku pk ape pnye ctela Ip Man ni..cte cine plak 2..sumpah ramai gle org yg nk tgk cte ni..3hall kot tgv bkk at the same time sbb sht ramai org nk tgk cte ni,mostly chinese la..best sgt ke??hmm tgk jela..sebelum msk 2 adela apek cte sket psk Ip Man 1..0o rupenye Ip Man sejarah org cine,,die ni sifu Bruce Lee..la yeke..mn la aku tau..sejarah ms spm dulu pon x A pon..haha!oke aku pon kosongkan fkrn utk memahami cte ni..(perlu ke nk 0 kn fkrn segala mk nenek??ad0i!~) stlh 1jam45minit berlalu,aku bley wat conclusion yg cte ni best..rs cm nk ngs pon ade tgk cte ni..betapa Ip Man tu sanggup b'mati2an lawan dgn peninju barat semata2 nk buktikan yg kungfu cine pon xkurang hebatnye..org barat ms tu seolah2 m'perlekehkan kungfu cine..atlast,Ip Man b'jaya buktikan yg kungfu cine hebat!ending cte tu die tunjuk bruce lee kecik2 dtg jumpe sifu Ip Man nk b'guru ngan die blaja kungfu(kubgfu tu ade nm tp aku lupe),,tp tu lakonan semula jela kn nk menunjukkan yg Bruce Lee ru sbnrnye ank didik Ip Man tu..ish ade moral yg membina ble tgk cte ni..mmg best!no wonderla panggung penuh..hm abes cte tu da nk dkt kul1,apek pon anta la aku balik...uhh,,senang ati aku maraton movie arini(rabu)..blenye ntah aku nk maraton study plak?haaa...tu yg aku pon x tau ble..s0k luse maybe??yess!haha!!:DD


Wednesday, April 14, 2010

here i begin..

di suatu mlm,,ade sorg pompuan ni call aku...

zati : jah,,ko ktne ni??
jah : aku kt uma la..nape?
zati : xde ape..aku nk g uma korg ni jp lg..
jah : 0uh,,b0ley2..dtgla..ko td0 sni ke?
zati : haah..
jah : ok!~

dlm kul 10lebey cm2 si zati ni pon smpai..ble kitorg da ddk semeja,,gosip la kejenye..zati plak ms 2 mmg ade cte yg mmg TERBAEK DARI LADANG!aku ngan zai pon lynla cte si zati ni..mmg superb la der cte ko..t'gelak aku ngan zai dgr cte ko..da abes gosip,,study r plak..tp jp je kn..aku ngan zati g bilik eva setelkan skrip mandarin kitorg yg x setel2 lg..ad0yai!tgh2 wat 2 aku melarikan diri jp gayut ngan apek..haha!smpai la kul2,,2 pon sbb apek da ngantuk..abes gayut aku kua bilik tgk zati tgh on9,,zai nk msuk tdo da..awl plak si zai ni tdo mlm ni..tggl la aku,zati ngan eva yg xtd0 lg..eva ckp die lapa,,si zati pon sm..ah korg mmg lapa s0kmo..bubur aku msk da abes korg sental pon lapa lg..pas2 bley plak kipas2 aku s0h msk megi..dgn perasaan kasihan kt diorg (sbnrnye aku lapa gk..:p),,aku pon g la dapo msk megi yg d penuhi dgn sayur k0bes,,zati wat air teh..ni nmnye breakfast @3am..sambil mkn tgk tv,,xde cte best la pulak..nk tgk dvd xde dvd player..:D aku pon bkkla cte 'Adnan Sempit' kt lappy..megi abes,cte nan sempit pon abes..pnyela lm kitorg mkn..da abes 2 aku pon on9 blk..zati smash aku,,"ey jah!td bkn ko ckp ko nk study logic ke??" er...ala on9 jp je..:p zati pon tgkla aku on9,,pas2 t'bkk cte psl blog..hah!!ms ni la!ms ni la si zati ni cucuk aku s0h wat blog..aih aku bkn xnk wat,,mslhnye tk0t x t'update..tp zati cekap!die b'jaya cucuk aku..tgh sy0k2 bwat,aih tenet plak mslh..ah sudah!t'gendala..xpe zati,,nnt aku go on seniri..wish me luck..haha mcm penting sgt je kn..:D zati,,credit 2 u..:)